23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

Penerima Anugerah Kategori Industri : Siri Kanak-Kanak Terbaik
Judul : Siri Cerita Rakyat Malaysia (Bahasa Melayu - Rusia). 

   




Bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, pada 22 Disember 2023 



Dialog Selatan ke-5, 2023


Malam Kebudayaan Serumpun Sebudaya dengan kerjasama daripada JKKN Melaka
Bertempat di Muzium Samudera, Melaka. 



Hari Sastera ke-19



Majlis Perasmian Dialog Serantau Borneo-Kalimantan ke-15, 2023




Sambutan Hari Puisi Kebangsaan 2023




Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-20



Sambutan Hari Puisi Kebangsaan 2023



Bengkel Penghakiman Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 



Mesyuarat Agung GAPENA ke-52










8 Julai 2017, GAPENA, Kuala Lumpur - Satu mesyuarat dijalankan di Rumah GAPENA yang melibatkan jawatankuasa bagi Sayembara Penulisan Novel Futuristik, iaitu Tuan Haji Hamzah Hamdani selaku Penyelaras, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail sebagai ketua dan ahli jawatankuasa lain, iaitu Dr. Saleeh Rahamad, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Sdr. Jasni Matlani. Dalam mesyuarat ini membincangkan mengenai 


SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-31, 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN



Piala Pusingan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, 
Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-31, 2017, Peringkat Kebangsaan 7 Oktober 2017 3 Petang Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka



SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-31, 2017
PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 7 Okt 2017 (Sabtu), 3.00 petang, Auditorium DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER 2017 – Gabungan  Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SPDK), Peringkat Kebangsaan bagi kali ke-31, tahun  2017 pada 7 Oktober (Sabtu) jam 3 petang bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

          Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) ke 31 yang dianjurkan setiap tahun sejak 1987 ini bakal menyaksikan 19 peserta yang mewakili negeri-negeri termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang telah bertanding di peringkat negeri dan institusi masing-masing bermula 2 September dan berakhir 29 September 2017 lalu.

          Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan PDRM sekadar menghantar wakil mereka bagi sayembara tahun ini bagi melengkapkan 19 peserta bertanding bagi merebut Piala Pusingan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  Piala Pusingan  kedua ini digantikan dengan Piala Pusingan Yang Berhormat Tun Ghaffar Baba, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sudah 30 tahun digunakan sebagai Piala Pusingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan yang menjadikan rebutan para deklamator selama ini.

       Sayembara  tahun ini menampilkan seramai 11 orang peserta atau muka baru ke peringkat kebangsaan yang terdiri daripada Wan Muhammad Hanif Bin Wan Abd Hamid (Perlis), Noor Azli Bin Sudin (Perak), Md Muzaini Said (Melaka), Nur Husnina Bt.Yusof (Kelantan), Mohd Shareezad Abdul Satad (Terengganu), Dayangku Afizah Abdul Latif (Sabah), Mohd Nor Saizaly Kok (Wilayah Persekutuan Labuan), Mohd Redzwan Bin Abdul Majid (Sarawak), Staf Sarjan (Yos) Marzelan Bin Md Jusoh (ATM), Wan Fatimah Wan Abdullah (IPTA) dan Nurlyana Bt Ezani  (IPGM). Manakala deklamator-deklamator yang merupakan peserta lama ialah SM Mohd Yusof Ramji (PDRM), Zaheera Ibrahim (Kedah), Noorfaizatul Hanim Mohd Nor (Pulau Pinang), Mohamad Fairul Bin Rashid (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Nur Sharina Cik Ibrahim  (Selangor), Mohd Fazreen  Bin Mohd (Negeri Sembilan), Shahrul Nizam Mohd Aman (Johor) dan Mat Nordin Bin Mat Salleh (Pahang).

          Majlis Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, Kementerian Kewangan Malaysia. Johan SDPK 2017 akan membawa pulang Piala Pusingan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.  Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan, tempat ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan manakala saguhati akan menerima wang tunai RM300.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

          Para peserta akan mendeklamasikan puisi-puisi yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur daripada Antologi Puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA.

          Kepada semua peminat seni dan sastera tanahair dan orang ramai adalah dijemput hadir pada kedua-dua malam tersebut. Beberapa persembahan menarik turut juga akan disajikan sebagai selingan pertandingan. Masuk adalah percuma.